December 12th, 2018

Foto penyanyi Yasin Sulaiman memberi makan kepada dua ekor anjing yang ketika mendaki Bukit Tabur mendapat perhatian netizen.

Ia adalah ganjaran kepada anjing tersebut yang setia menemani beliau sepanjang pendakian beliau ke puncak bukit. Ramai juga yang memuji betapa mulianya hati Yasin berkongsi rezeki dan menyantuni haiwan tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang memandang sinis dengan niat baik Yasin dan mula memberikan pelbagai komen termasuk hukum menyentuh anjing dalam agama Islam.

Saya cuma memberi makan kepada anjing itu dan tidak menyentuhnya pun. Kejadian berlaku sewaktu saya dan abang mendaki Bukit Tabur pagi ini. Mulanya kami terkejut apabila empat ekor anjing muncul tapi tak risau pun disebabkan haiwan berkenaan sangat mesra. Lebih menarik, haiwan itu mengekori kami naik sampai atas hinggalah turun bawah.

Sewaktu menjamah roti yang kami bawa bersama, saya kongsikannya kepada haiwan itu. Haiwan itu pun nampak sangat gembira dapat makanan.

Pada kami, Yasin menunjukkan contoh yang sangat baik buat semua umat Islam. Memberi makan kepada haiwan walaupun anjing yang haram dibela ataupun disentuh bukanlah satu perbuatan yang hina. Apa salahnya untuk berkongsi rezeki yang kita ada asalkan tahu menjaga batas.

Sumber Berita : Harian Metro


20 responses to “Saya Hanya Beri Makan Pada Anjing, Tidak Sentuh – Yasin Sulaiman”

  1. Aida Musa says:

    Anjing tidak haram. Tetapi tergolong dalam najis berat. Belajar balik bagaimana caranya membersih 3 jenis najis yang berlainan. Asal nampak anjing, baling batu la, tendang la. Anjing juga makhluk Allah. Pelik betul orang malaysia ni ..

  2. PP says:

    Belajar agama yg ‘addin, jgn belajar agama ilmu sesat, baru dtg komen, ok.

Loading...