Argh ~~ Pasti pedih hati Diana Nasir membaca kata-kata Shah Iskandar ini. Mana taknya, sebelum Shah berangkat ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor 2, rupa-rupanya Diana Nasir telah menulis status Facebook yang agak jiwang jugak. Abang Nara baca pun boleh cair dibuatnya. Romantis gila!!!
Sekali baca pun anda mesti menganggap bahawa Diana Nasir dan Shah Iskandar ada hubungan yang lebih istimewa daripada sekadar kawan. Sayangnya Shah Iskandar mengakui tiada hati dan perasaan terhadap Diana Nasir. Hanya sekadar kawan biasa sahaja. Kata Shah kepada MediaHiburan:-
Saya mengenali Diana Nasir lebih kurang tiga ke empat bulan lalu. Dan saya tahu dia adalah kakak kepada Anzalna. Sebelum ini kami memang pernah keluar lepak tapi beramai-ramai. Tidak pernah lagi berdua.
Jujurnya, saya baru terbaca akan gosip tersebut. Memang saya terperanjat bila baca apa yang ditulisnya. Dan saya tidak jangka yang dia akan mengemaskini status tersebut bersama gambar kami berdua. Sedangkan ketika itu ada kawan-kawan lain di sekeliling kami
Kalau tanya akan hubungan kami, apa yang saya boleh katakan adalah saya menganggapnya sebagai kawan biasa. Bulum ada hati dan perasaan. Tapi, tidak tahu lah pula dia. Bila saya balik Malaysia nanti, saya pasti akan bertanyakan sendiri dengannya akan status tersebut.
Adakah Diana Nasir bertepuk sebelah tangan? Pasti Diana kecewa sekiranya cintanya terhadap Shah tidak berbalas. Tak apalah Diana. Kumbang bukan seekor. Lagipun dengan kecunnan dan kecantikan Diana, pasti ramai lelaki di luar sana yang menanti. Kalau Shah tak mahu, orang lain mahu. Tak gitu?