November 23rd, 2017

Disahkan mengandung anak kembar selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami,Datuk Seri Bung Mokhtar, pelakon Zizie Ezette memberitahu beliau tidak menggunakan sebarang ubat mahupun rawatan kesuburan (IVF) untuk hamil.

Ramai yang mesej saya secara peribadi untuk bertanya petua mengandung daripada saya dan jika saya ada makan ubat subur atau makanan tambahan untuk hamil. Saya tidak keberatan untuk kongsi dengan semua jika benar saya melakukannya. Namun saya hamil secara semula jadi tanpa sebarang rawatan.

Sebelum ini, doktor tidak pernah beritahu saya ada masalah untuk hamil, cuma saya percaya rezeki itu masih belum ada. Kepada sesiapa yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, saya harap jangan putus asa.

Usia kandungan Zizie kini memasuki tujuh bulan dan kami mendoakan agar proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...