“Saya Gila Ke Diorang Gila?” – Dituduh ‘Gila Jantan’, Respon Tenang Ashira & BF Cuit Hati Netizen

Hiburan

“Saya Gila Ke Diorang Gila?” – Dituduh ‘Gila Jantan’, Respon Tenang Ashira & BF Cuit Hati Netizen

Penyanyi dan juga bintang program nyanyian popular Gegar Vaganza, Ashira baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia ada memuat naik sebuah video bersama teman lelakinya di TikTok.

Dalam video tersebut, Ashira dilihat bertanyakan kekasih, Fairul Ezuan sama ada dirinya gila ataupun ‘mereka’ di luar sana yang gila gara-gara dilabel sebagai ‘kaki jantan’ oleh sesetengah warga maya.

Advertisement

Abang E (Ezuan)..okay ceritanya acam ini, ada orang cakap saya ni gila menjantan. Jadi, saya gile ke diorang yang gila?

Tenang menjawab soalan Ashira itu, Ezuan kemudiannya berseloroh mengatakan sebenarnya dia yang gila terhadap Ashira.

“Saya yang gila,” jawab kekasih Ashira.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat keletah bekas isteri kepada penyanyi Bad Indigo ini.

Terdahulu, Ashira pernah mendedahkan bahawa dia menerima banyak mesej negatif daripada netizen yang mengutuknya kerana sering berkongsi gambar di media sosial bersama kekasihnya.

Ashira pernah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Bad pada 11 Mac tahun lalu sebelum bercerai setahun kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dai syed menari tarian arab
2 years ago

(VIDEO) "Urat Malu Dah Putus" - Da'i Syed Dikecam Menari Tarian Marawis, Netizen Ramai 'Back Up'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...