Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Gembira Walau Dicaci..” Hun Haqeem ‘Dibenci’ Kerana Angkara Cinta

Hun Haqeem

Pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik, Hun Haqeem mengakui bukan mudah buat dirinya untuk membawa watak sebagai Luqman dalam drama Angkara Cinta.

Hun HaqeemSumber : Instagram Hun Haqeem  

Watak Luqman yang sering membawa jiwa amarah itu bagi Hun, adalah sesuatu yang sangat mencabar kerana sangat berbeza dengan personalitinya di luar layar.

Advertisement

Menjelaskan dirinya bukan seorang yang panas baran seperti Luqman, Hun berkata perjalanan untuk merealisasikan kehendak skrip dan tuntutan pengarah agar mencabar dan sukar.

View this post on Instagram

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

“Kadang-kadang penat untuk mewujudkan perasaan marah itu dan menukar emosi dengan drastik, ia berlaku dengan kerap. Jaid untuk merealisasikan kehendak skrip agar mencabar juga.”

Dalam pada itu, Hun turut meluahkan rasa syukur kerana watak yang dibawanya dalam drama tersebut ternyata telah memberi kesan kepada penonton.

Advertisement

Mendedahkan bahawa ada yang ‘membenci’ dirinya disebabkan oleh watak Luqman, Hun berkata perkara tersebut membuatkan dia lebih bersemangat untuk menjayakan tanggungjawab yang diberi oleh pengarah.

View this post on Instagram

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

Menganggap semua itu sebagai suatu proses pembelajaran, pelakon drama Kampung People ini juga berkata dia sama sekali tidak akan menolak jika ditawarkan watak seperti itu lagi di masa hadapan.

Drama Angkara Cinta ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Meerqeen, Nina Juren, Wanna Ali serta ramai lagi. Naskah arahan Hadith Omar ini disiarkan di saluran Astro Prima pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anon

    February 20, 2021 at 1:08 pm

    drama tah apa2 terjerit2 jln citer melalut lalut

Leave a Reply to anon Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top