Penyanyi dan pelakon Dafi turut rasa gembira dan syukur apabila bapanya iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri ketika ditemubual oleh Astro Gempak berkata sebagai seorang anak, dia berasa amat gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh bapanya itu.
Alhamdulillah syukur. Saya gembira sangat dengan usaha dan kerja keras papa yang saya tengok sendiri depan mata sepanjang membesar sehingga lah ke sekarang yang membuah hasil.
Saya sebagai anak akan sentiasa sokong apa jua papa lakukan.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia turut mendoakan agar bapanya sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilakukan olehnya dan sihat sepanjang menjalankan tugas.
Semoga papa terus sihat, selamat menjalankan tugas dengan baik.
Sedia maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa pelantikan baru semalam dan melalui kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan, Datuk Seri Ismail Sabri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.