“Saya Fikir Tentang Ibu Ayah” – Ain Edruce Elak Kongsi Foto Seksi, Nak Jaga Nama Baik Keluarga

Hiburan

“Saya Fikir Tentang Ibu Ayah” – Ain Edruce Elak Kongsi Foto Seksi, Nak Jaga Nama Baik Keluarga

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce mendedahkan bahawa dia tidak akan berkongsi fotonya yang dianggap terlalu seksi di media sosial.

Menerusi temu bual bersama GEMPAK, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 31, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik suami dan keluarga daripada menjadi bualan netizen.

Advertisement

Menurut Ain, dia seorang yang berfikir sebelum memuat naik sebarang perkongsian di media sosial kerana bimbang tentang ibu bapa dan keluarganya.

Saya adalah sejenis yang memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa perkongsian di media sosial, saya akan fikirkan tentang ibu ayah dan keluarga saya.”

Dalam pada itu, Ain turut membidas sikap segelintir netizen yang sewenang-wenangnya mengecam selebriti yang melakukan kesilapan.

Netizen di luar sana pasti akan mengambil peluang untuk berkata buruk seandainya ada artis berpakaian seksi atau melakukan salah, itu tidak baik.”

Ain turut berpesan kepada warganet supaya lebih berhati-hati melontarkan komen negatif di media sosial kerana terdapat undang-undang yang menghukum mereka yang menyalahgunakan medium tersebut.

Mungkin netizen berani berkata yang tidak elok disebabkan mereka tidak tahu bahawa undang-undang salah guna media sosial itu wujud. Seandainya mereka sedar tentang hal itu, pasti mereka akan lebih berhati-hati dalam melontarkan kata-kata atau meninggalkan komen-komen yang agak sensitif.”

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

2 years ago

"Orang Persoal Agama Saya" - Isu Sokong Busana Kel Wen, Aina Abdul Tertekan Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...