Pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah membuat persetujuan untuk menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana selepas memikirkan masa depan anak mereka, Syaikhul Islam dan Summayah.
Menurut Syamsul, dia dan Sarah telah bersemuka dan berbincang dengan baik sehari sebuelum prosiding kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JPk) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Saya memikirkan masa depan kami bersua dan anak-anak.
Bukan itu sahaja, pengarah filem Mat Kilau itu turut akan menarik semula semua tuntutan termasuklah nusyuz yang difailkan terhadap isterinya pada 21 Mac lalu.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Sarah selepas mereka berdua sepakat untuk menyelesaikan proses perceraian mereka secara baik.
Kami dah berbincang dengan baik, Syamsul akan tarik semula tuntutan nusyuz. Saya juga tak akan failkan nusyuz. In sha Allah, semua tuntutan akan selesai termasuk hak penjagaan anak-anak.
Kami akan selesaikan syarat seperti hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz, dan harta sepencarian. Saya dah bagitahu Syamsul, dia okay sahaja, Alhamdulillah.
Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Sarah, Datuk Akberdin berkata, beberapa perkara termasuk tuntutan hadanah akan diselesaikan dengan baik.
Tuntuhan hadanah akan diselesaikan, manakala nusyuz difailkan Syamsul akan ditarik balik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.