“Saya Faham Situasi Dia Tapi Sebagai Pengacara, Saya Kena Profesional” – Janna Nick Terpaksa Tanya Soalan ‘Panas’ Kepada Shila

Hiburan

“Saya Faham Situasi Dia Tapi Sebagai Pengacara, Saya Kena Profesional” – Janna Nick Terpaksa Tanya Soalan ‘Panas’ Kepada Shila

Maklum mengenai apa yang menimpa rakannya yang juga peserta Famili Duo berkenaan konflik kekeluargaan baru-baru ini, Janna berharap para peserta tidak terganggu fokus dan tujuan asal mereka menyertai pertandingan berkenaan.

Janna Nick yang telah dipilih menjadi pengacara program baru ini bersama Izzue Islam berkata dia tetap perlu  menjalankan tugas walaupun Shila Amzah merupakan rakannya dalam industri seni. Sehubungan itu, dia perlu memainkan peranan untuk memberi semangat serta menunjukkan rasa prihatin tentang isu ‘panas’ yang terkini kepada Shila sebagai pengacara.

Advertisement

Saya faham apa yang dia rasa memandangkan saya juga datang dari broken familiy tapi sebagai pengacara saya perlu jadi profesional dan ikut kehendak penerbit dan stesen televisyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Tambah penyanyi lagu Nakal itu, ketika mengetahui mengenai isu yang dihadapi Shila, dia turut merasa sedih dan risau lagi-lagi pertandingan itu telah pun berlangsung.

Walau demikian, sudah menjadi tanggungjawab Janna untuk bertanya soalan-soalan menarik walaupun dianggap sensitif bagi menaikkan jumlah penonton dan perhatian terhadap program realiti tersebut.

Saya turut terfikir, sama ada Shila ni boleh fokus ataupun tidak untuk Famili Duo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Ramai juga ikut tak sabar ingin melihat persembahan dari Shila dan Syahir akan datang memandangkan persembahan mereka yang lepas kurang memberangsangkan disebabkan masalah teknikal.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Famili duo gv
1 year ago

"Tak Perlu Panggil Satu Industri, Berduo Je Sampai Habis" - Janna Nick & Izzue Islam Dikritik Kerana 'Perli' Program All Stars Gegar Vaganza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...