Beberapa hari lepas, pengacara Nabil Ahmad dikecam teruk oleh netizen kerana lawaknya terhadap Elly Mazlein yang dianggap agak kasar dan tidak menghormati Elly.
Walaubagaimanapun, Elly nampaknya tidak cepat melatah dan mengakui beliau tidak terasa hati dengan Nabil kerana sedar ia sekadar gurauan sahaja.
Saya faham Nabil hanya bergurau sahaja dan saya tidak mengambil hati dengannya. Alhamdulilah ramai yang perihatin, maknanya saya disayangi sekarang dan ramai mahu menjaga hati saya.
Diberikan lagu tugasan Perawan atau Janda pada minggu ini, Elly mengajak peminatnya untuk sama-sama menantikan persembahannya nanti.
Kami tabik dengan sikap positif Elly Mazlein yang enggan lagi memikirkan episod penceraian beliau dan tidak terasa hati dengan gurauan Nabil. Harapnya perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan Nabil dapat menerima teguran netizen dan jangan mengulangi kesilapannya lagi.