“Saya & Fad Bukan Berdiam Diri, Tapi Berdoa Dari Jauh” – Achey Harap Hidayah & Ali Berbaik, Akhiri Sengketa Melibatkan Harta

Hiburan

“Saya & Fad Bukan Berdiam Diri, Tapi Berdoa Dari Jauh” – Achey Harap Hidayah & Ali Berbaik, Akhiri Sengketa Melibatkan Harta

Pelawak Achey memaklumkan dia dan Fad tidak pernah mendiamkan diri sebaliknya sentiasa mengharapkan kemelut antara balu arwah Abam, Hidayah dan adik iparnya, pelawak Ali Puteh dapat diselesaikan dengan segera.

Achey berharap persengketaan dihentikan

Kata Achey, dia dan Fad mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan keluarga itu dan berdoa dari jauh.

Advertisement

Nanti akan timbul isu salah faham, akan ada yang rasa saya berpihak belah sini, yang sini rasa saya berpihak belah sana. Jadi kami dan Fad bukan berdiam diri tapi hanya berdoa dari jauh.

Akan berjumpa apabila tiba masanya

Jelasnya lagi, mereka akan menziarah dan membantu apa yang perlu sehingga semuanya selesai.

Saya dan Fad ini dikira orang luar, hal yang berlaku itu hal keluarga. Siapa kami untuk mencampuri urusan mereka.

Kalau selesai saja, Insya-Allah macam-macam kami sediakan, kalau pihak sana bersetuju untuk kita hadir, supaya anak kawan kita terima sedikit hasil ke arah dia.

Difahamkan, Achey dan Fad mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan Hidayah dan Ali setelah cubaan mereka untuk menyelesaikan kemelut antara keduanya gagal.

Bila ada pertanyaan kenapa kami tak bantu balu dan anak arwah (abam), kami maklumkan itu hal keluarga. Kita tak boleh masuk campur, jauh sekali. Kami cuma adik beradik dalam industri.

Berikutan itu, Achey menzahirkan harapan agar Hidayah dan Ali berlapang dada dan berdamai selain meminta agar memikirkan kesejahteraan arwah di alam sana.

“Kami tak layak masuk dalam, kita penat apatah lagi arwah yang dah pergi. Kalau kedua-duanya memikirkan arwah, tolonglah stop.” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff aziz bff
1 month ago

"Dia Tak Lekang Berdakwah Sebenarnya" - Rakan Baik Kongsi Perkembangan Terkini Aliff Aziz, Mohon Doa Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...