Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Enggan Hamil Lagi, Tiga Anak Sudah Cukup – Che Ta

Kalau lihat keluarga Rozita Che Wan, pasti peminat mereka akan cemburu dengan keakraban dan kasih sayang antara mereka. Berbicara mengenai kekeluargaan, Che Ta yang sering diajukan soalan jika mahu menambah anak lagi memberitahu beliau sudah cukup bahagia dan gembira dengan tiga anak yang dianugerahkan kepadanya.

Advertisement

Che Ta akui beliau berkemungkinan besar enggan lagi mencuba untuk hamil bukan sahaja kerana faktor usia tetapi dari segi ekonomi.

Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya.

Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah

Erm, mungkinkah harapan Zain Saidin untuk menimang cahaya mata lagi tidak akan kesampaian? Iyalah, kadang-kadang manusia hanya merancang tetapi rezeki Allah SWT siapa yang tahu?

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top