“Saya Enggan Buka Aib Mana-Mana Pihak” – Pelakon Wanita Didakwa Hutang Adik Ipar RM208K Enggan Identiti Didedahkan

Hiburan

“Saya Enggan Buka Aib Mana-Mana Pihak” – Pelakon Wanita Didakwa Hutang Adik Ipar RM208K Enggan Identiti Didedahkan

Pelakon wanita yang didakwa berhutang dengan bekas kakak iparnya sebanyak RM208,000 akhirnya ditemui media bagi mendapatkan ulasan lanjut berkenaan isu tersebut.

Pelakon itu difahamkan telah dihubungi media namun enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan yang dibuat wanita bernama Ziela itu sebelum ini.

Advertisement

No komen dan saya enggan membuka aib mana-mana pihak.

Dia juga berkata bahawa dirinya tetap dengan pendirian untuk tidak mahu mendedahkan identitinya kepada umum.

Pertemuan diakhiri dengan persetujuan di mana pelakon ini tidak mahu mendedahkan identitinya.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik di antara mereka berdua tanpa melibatkan mana-mana pihak.

Terdahulu, Ziela tampil membuat pendedahan mengenai bekas kakak iparnya yang baru sahaja memenangi anugerah di sebuah majlis yang berprestij enggan melunaskan hutangnya dan suami sebanyak RM208,745.59.

Pelakon wanita itu juga didakwa sudah jatuh muflis dan tergamak melarikan diri daripada membayar hutang mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ziela rashid tuntut hutang
2 months ago

"Jangan Nak Lari-Lari, Jangan Nak Tunjuk Dia Tak Bersalah" - Bekas Adik Ipar Tuntut Hutang Sebanyak RM208,745.59

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...