Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Dulu Pun Berlakon ‘Kayu’ Juga, Tegur Bukan Sebab Dengki..”-Rita Rudaini

Pelakon senior, Rita Rudaini menyifatkan teguran yang diberikan pelakon yang sudah lama ‘makan garam’ terhadap muka-muka baru bukanlah disebabkan oleh perasaan iri hati atau berniat untuk memalukan dan menjatuhkan sesiapa.

Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

Ujar Rita lagi, teguran yang diberikan pelakon senior haruslah diambil daripada aspek positif dan seterusnya memperbaiki diri dan mutu lakonan supaya lebih baik dan bermutu pada masa hadapan.

Advertisement

Tambahnya lagi, kerja lakonan adalah merupakan kerja berpasukan dan bukanlah melibatkan seorang individu sahaja. Jadi, teguran yang diberikan itu adalah untuk kebaikan semata-mata dan bukanlah kerana dengki dengan kehadiran pelapis baru ini.

Sebagai pelakon senior, kehadiran pelakon baru amatlah diraikan oleh ibu tunggal kepada dua orang anak ini.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Advertisement

“Saya dulu pun mula-mula masuk ke set penggambaran pun ‘kayu’ juga. Tapi bezanya kita hormat dengan orang yang lama. Bila masuk ke set, memang rasa kecil dan rela pergi belajar dengan sendirinya. Walaupun di situ bukan tempat belajar, tapi bila kita tak tahu, kita tanya. Tapi pelakon sekarang tak semua macam tu. Ada yang duduk dalam kereta, main telefon.”

Rita menambah, jika dulu tidak dapat melunaskan sesuatu tugas itu dengan baik, dia pasti akan menyalahkan diri sendiri dan mempersoalkan kenapa tidak boleh melakukan dengan sempurna seperti pelakon lain.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Sekarang, situasinya dah tak macam dulu lagi. Ada pelakon baru yang tak nak bertegur sapa, apa lagi nak bertanya pasal watak dan berbincang dengan pelakon lain.”

Terdahulu, media ada melaporkan kekecewaan pelakon dan juga pengarah, Isma Yusoof mengenai sikap pelakon baru yang disifatkannya ‘kayu’ ketika dia mengarahkan drama Shah Alam 40,000.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sehubungan itu, ramai pelakon senior tampil berkongsi luahan perasaan yang sama termasuklah pelakon filem popular Mami Jarum ini namun disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    March 25, 2021 at 4:28 pm

    amikkkauu bile legend dah bersuara. harap2 ramai lagi legend akan bersuara. temasuk legend singer supaya ade sorg penyanyi yg xde bakat tu sedo diri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top