Individu yang dikenali sebagai ‘Coach Cerai’, Mohd Izary Muhammed Ikhbal, mencuri perhatian ramai apabila mendakwa mampu mengenal pasti sama ada sesebuah pasangan berpotensi untuk bertahan lama atau tidak hanya dalam tempoh lima minit.
Bagaimanapun, beliau mengakui penilaian tersebut bukanlah sesuatu yang mutlak, sebaliknya berdasarkan pengalaman peribadinya dalam menguruskan pelbagai isu berkaitan rumah tangga.
Kalau saya jumpa sebuah pasangan dan meluangkan masa bersama mereka selama minit, saya boleh tahu pasangan itu boleh bertahan lama atau tidak.
Saya hanya perlukan lima minit saja untuk tahu pasangan itu berada dalam perkahwinan yang bahagia atau tidak. Tak semestinya betul tetapi ketepatan itu ada dalam 90 peratus. Tapi saya bukannya Tuhan dan saya bukan tilik nasib.
Menurut Izary, kebolehan tersebut hadir daripada pemerhatian terhadap corak tingkah laku yang sering berulang dalam sesebuah perhubungan.
Kenapa saya kata saya boleh tahu sebab dalam setiap perhubungan dan segala-galanya dalam hidup, the resisting is the pattern recognition. Kita boleh perasan perkara itu berlaku.
Beliau berkongsi pandangan itu ketika menjadi tetamu dalam satu sesi podcast yang dikendalikan oleh ikstudio.
Dalam pada itu, lelaki berusia 45 tahun ini turut berkongsi beberapa kes yang pernah dikendalikannya sepanjang pengalamannya sebagai kaunselor tidak rasmi dalam isu rumah tangga.
Menurutnya, apa yang dipaparkan di media sosial sering kali tidak mencerminkan realiti sebenar sesebuah perhubungan.
Saya pernah menguruskan satu kes di mana si suami sangat penyayang di media sosial tapi di belakang dia kaki pukul isteri.
Ada juga wanita yang tunjukkan dia sangat sayangkan suami tetapi dia ada dua atau tiga orang kekasih lain di luar.
Jadi jangan kita percaya seratus peratus apa yang kita lihat di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

