Isu melibatkan ikon permotoran, Haqiem Stopa nampaknya masih belum reda apabila dia akhirnya tidak mendiamkan tentang isu yang sedang berlaku ketika ini.
Akhirnya Haqiem Stopa bersuara
Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Haqiem berkata dirinya perlu mengumpul bukti bahawa ada pihak yang menghina keluarganya serta cuba untuk sabotaj bisnes yang sedang dijalankan.
Katanya lagi, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk mendiamkan diri, cuma Haqiem merasakan apabila dirinya bersuara, orang ramai akan menghentamnya.
View this post on Instagram
Saya berbunyi saya yang play victim. Pihak sana bunyi ‘ouh kesian dia laki dia buat dia’. Saya okay sahaja. Lepas ni macam-macam lagi jadi selagi saya masih ada apa-apa.
Berada dalam hubungan toxic
Dalam luahan itu juga, Haqiem seakan-akan memberi gambaran bahawa dia bersama isteri, Aireen Sofia tidak mempunyai hubungan yang baik.
Saya duduk dalam hubungan yang toxic selama ini, baik hanya dalam camera. Saya pula dari dulu memang netizen tak suka.
Namun difahamkan hantaran tersebut telah dipadam oleh Haqiem setelah beberapa minit dimuat naik di platform berkenaan.