Berita perceraian aktres jelita, Nora Danish dan Nedim sudah tentu sedikit sebanyak memberi impak kepada rakan selebriti Fasha Sandha.
Mana tidaknya, hubungan di antara mereka berdua juga berkali-kali dikatakan mempunyai isu hanya kerana kedua-duanya pernah berkahwin dengan lelaki yang sama, Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga dan saya yakin ramai turut mendoakan yang terbaik buat Nora,” demikian kata Fasha mengulas tentang berita perpisahan Nora dan Nedim.
Yakin Nora & Nedim dah fikir terbaik
Pelakon berusia 40 tahun itu bagaimanapun berkata dia tidak dapat mengulas lanjut tentang perkara itu.
“Maaf, saya tak boleh nak komen panjang, apa yang saya boleh katakan di sini, sebagai keluarga (kerana anak-anak kami adik-beradik kandung daripada ayah yang sama), saya yakin Nora dan Nedim sudah fikir yang terbaik untuk keluarga mereka.”
Fasha juga yakin Nora akan terus kuat untuk kedua-dua anaknya selepas perkahwinannya dengan Nedim menemui titik noktah.
Terdahulu, Nora dan Nedim mengesahkan mereka sudah bercerai talak satu selepas mendirikan rumah tangga selama lebih tujuh tahun.
Untuk rekod, pasangan itu bernikah pada pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Nora dan Nedim juga masing-masing mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan sebelum itu.