“Saya Doakan Pemfitnah Tu..” – Afdlin Shauki Syukur SPRM Sahkan Tiada Elemen Jenayah Dalam Kes Salah Laku DBKL

Hiburan

“Saya Doakan Pemfitnah Tu..” – Afdlin Shauki Syukur SPRM Sahkan Tiada Elemen Jenayah Dalam Kes Salah Laku DBKL

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki bersyukur setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah dalam dakwaan salah laku berkaitan projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

Memetik laporan Astro Gempak, pelakon itu turut mendoakan agar individu yang membuat individu yang membuat fitnah terhadap dirinya itu diberikan kelembutan hati.

Advertisement
afdlin shaukiSumber : Malaysiakini 

Cakap banyak tak guna, kalau orang tak suka kita dia akan memanjangkan fitnah ini.

 

Sebab itu saya ambil keputusan untuk mendiamkan diri dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa agar tidak menggangu siasatan.

 

Saya doakan pemfitnah saya itu Allah lembutkan hatinya.

Pengarah itu turut menegaskan dia tidak melakukan kesalahan malah kekal tenang ketika berdepan dengan isu tersebut kerana sentiasa mendapat sokongan orang rapat.

afdlin shauki berhak nafikan tuduhan dbkl

Saya tak melatah sebab yakin saya tidak lakukan kesalahan tapi tak guna saya yang cakap. Biarlah pihak berkuasa yang tentukan.

 

Cuma hari ni saya kenal siapa sahabat saya dan siapa bukan.

Pelakon itu turut berharap agar individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya itu diberikan keampunan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila timbul dakwaan Afdlin antara individu yang didakwa terlibat dalam peroleh projek penerbitan bahan kreatif bernilai jutaan ringgit.

Walau bagaimanapun, Afdlin menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis atas perkara tidak benar yang disebarkan itu.

afdlin shauki berhak nafikan tuduhan dbkl
2 weeks ago

Siasatan Salah Laku Projek DBKL Dikaitkan dengan Afdlin Shauki Dijangka Selesai Minggu Depan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...