Saya Doakan Kebahagiaan Lana Nodin Bersama Lelaki Pilihannya – Johan As’ari

Hiburan

Saya Doakan Kebahagiaan Lana Nodin Bersama Lelaki Pilihannya – Johan As’ari

Pernah bercinta selama beberapa bulan dengan Lana Nodin, Johan As’ari tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu yang bakal mendirikan rumahtangga bersama seorang jejaka Amerika Syarikat pada 15 Mei depan. Biarpun jodoh antara Johan dan Lana tidak kesampaian, pelakon itu tidak pernah menyimpan dendam sebaliknya berterima kasih kepada bekas kekasihnya itu kerana banyak mengajarnya erti kehidupan. Amboi!!!

johan lana

Advertisement

Kata Johan As’ari menerusi Mstar Online:-

Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat.

Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik. Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

johan dan lana

Kebahagiaan itu adalah hak milik setiap insan. Walaupun Johan dan Lana tidak ditakdirkan bersatu, Abang Nara respek dengan keikhlasan dan ketulusan hati Johan yang mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu. Kepada Lana, tahniah diucapkan atas perkahwinan yang bakal terbina. Anda memang bertuah mendapat seorang lelaki yang memahami Islam, kacak dan badan sado. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
gudang telelkung

P.S: Dapatkan segera koleksi terbaru Telekung Cotton Exclusive keluaran khas GudangMY. Harga sepasang: RM79 free postage. Harga borong : RM39 per piece (MOQ 5 pieces). Telekung Cotton Exclusive mempunyai 10 warna pilihan yang cantik2 semuanya dan didatangkan dengan beg untuk mudah dibawa ke mana-mana. LIKE Facebook GudangMY atau telefon/SMS 019-236-1986 untuk maklumat lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...