Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mendedahkan pernah menjadi mangsa buli ketika dia memasuki sekolah baru pada usia 13 tahun.
Kata Farahdhiya, dia mahu berkongsi tentang hal tersebut susulan kes buli kini sedang hangat menjadi bualan ramai di media sosial.
Menerusi Threads, selebriti berusia 41 tahun itu berkata kes buli memang sudah wujud sejak dulu lagi namun tidak tular kerana tiada penggunaan media sosial seperti zaman sekarang.
Nama saya penuh diconteng dekat makmal, dinding dan tandas seperti ‘Farahdhiya menggelabah’, ‘Farahdhiya babi’, ‘Farahdhiya gedik’, ‘Farahdhiya poyo’ dan bermacam lagi.
Tambah Farahdhiya, dia juga turut dibaling dengan batu dan menerima surat ugutan namun begitu dia hanya berdiam diri dan tidak melawan kerana memikirkan masih baru di sekolah itu.
Kes buli tersebut berlarutan selama setahun sebelum dia mula bertindak dan melawan semula pembulinya dan akhirnya mereka memohon maaf kepadanya.
Mereka sentuh saya dan secara automatik saya tendang dan pukul mereka semula. Salah seorang mereka mahu tikam saya dengan pen tetapi terkena tangan.
Mereka tidak sangka saya melawan dan selepas kejadian itu mereka datang minta maaf.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.