Kalau dulu tragedi yang hampir sama telah terjadi kepada protege Ziana Zain, kini ianya terjadi kepada Wanie. Semalam di konsert pertama, Wanie telah digantikan oleh protege Ferhad yang baru iaitu Tisha. Menurut info daripada pihak TV3, Wanie dinasihat untuk menarik diri kerana memiliki “low blood pressure”. Namun Wanie menafikan dia dengan rela hati menarik diri sebaliknya disingkirkan.
Wanie tidak menyalahkan mentornya Ferhad kerana baginya Ferhad sudah cukup banyak menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Semalam semasa konsert Mentor berlangsung pun Abang Nara dapat nampak riak wajah Ferhad agak kurang selesa.
Malah hari ini Wanie telah memberikan kenyataan pada portal GUA yang dia sebenarnya tidak memiliki “low blood pressure”. Kata Wanie:-
Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi. Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu.
Ada betulnya juga kata-kata Wanie itu. Mungkin sudah bukan rezeki Wanie untuk berjuang di dalam Mentor. Kalau benar-benar berminat untuk menjadi seorang penyanyi, banyak lagi caranya. Mungkin Wanie boleh cuba masuk pertandingan yang lain pulak. Tak gitu?