Isteri kepada selebriti lelaki yang memiliki bahan terlarang berupa dadah yang ditahan tempoh hari mendedahkan bahawa dia telah dipaska seorang anggota polis supaya menukar kenyataan yang diberikan dalam laporan berhubung penangkapan suaminya itu.
Kata wanita itu, dia berasa terpanggil untuk membuat pendedahan itu kerana beranggapan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa telah melanggar etika dalam sesebuah kes.
Selepas suami ditangkap, saya dan anak dipanggil untuk berikan kenyataan (bukti) terhadap penemuan barang haram tersebut. Saya ceritakan semuanya, perkara betul apa yang jadi ketika itu.
Tetapi apa yang mengejutkan saya, pada keesokan harinya saya dipanggil semula dan diminta untuk menukar kenyataan yang saya sudah berikan sehari sebelum itu. Saya tidak akan dedahkan nama dia.
Merasakan suaminya telah dianiaya oleh pihak berkuasa, dia pada ketika berasa terdesak dan mengikuti permintaan anggota tersebut.
Saya ikut walaupun cerita sebenarnya sekian-sekian. Kalau fikir balik ikut undang-undang, ia tidak sepatutnya berlaku.
Menurut wanita itu, hasil pemeriksaan kali pertama tidak menemukan sebarang bukti seperti laporan yang dilakukan.
Saya faham itu kerja mereka dan mereka ada maklumkan akan masuk semula untuk tangkap gambar. Tetapi ada pemeriksaan kedua yang dilakukan. Kali ni dia bahagian stor simpanan.
Selepas pemeriksaan kali kedua, anggota berjaya menemukan barang terlarang tersebut tetapi ketika itu saya dan suami di ruang tamu. Tak tahu apa yang terjadi di stor ketika itu.
Cuma bagi saya kes ini kes yang tak sepatutnya berlaku, ia tidak adil dan rasa dianiaya dan untuk suami saya ia sangat melampau. Saya nak lawan tapi saya tak tahu macam mana.
Terdahulu, seorang selebriti lelaki telah ditahan kerana disyaki memiliki ganja di rumahnya di Cyberjaya pada Sabtu. Selebriti itu telah dibawa ke Mahkamah Sepang bagi tujuan pembacaan pertuduhan pada hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.