Pemain tonggak utama Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim membuat kemunculan pertama setelah tragedi disimbah asid yang menimpanya pada awal bulan lalu.
Mickey buat kemunculan kali pertama setelah tragedi disimbah asid
Dalam sidang media khas yang diadakan di Shah Alam itu, pihak Selangor FC Training tampil berkongsi tahap kecederaan serta kronologi insiden yang menimpa Faisal atau lebih mesra disapa sebagai Mickey itu kepada media.
Kecederaan pemain yang mesra dengan gelaran Mickey itu pada awalnya agak kritikal tetapi kian stabil selepas melakukan empat pembedahan susulan di hospital swasta di Shah Alam.
Letak harapan tinggi untuk kembali beraksi
Manakala bagi Faisal, dia mengakui berasa sedih di atas apa yang telah berlaku namun tidak dapat mengubah takdir.
Jujur cakap sudah pasti saya sedih dengan apa yang telah berlaku. Tetapi apa yang berlaku tetap berlaku dan kita tidak boleh ubah perkara yang sudah lepas.
Saya diletak di lokasi rahsia. Saya tertanya sampai bila akan begini. Saya ingin jalani kehidupan seperti biasa.
Faisal juga meletakkan harapan tinggi untuk kembali ke padang dan menjalani latihan dalam tempoh terdekat meskipun doktor menasihatkan untuk dirinya berehat paling kurang 6 bulan.
Untuk rekod, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas sehingga disahkan melecur tahap empat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.