Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Naim Daniel telah menerima banyak kecaman daripada netizen sejurus kenyataannya yang meminta orang ramai untuk tidak berlebihan dalam gerakan Blockout 2024 yang sedang tular kini.
Hanya berpesan untuk tidak melampau
Terkini, Naim meluahkan rasa kecewa kerana disalah erti oleh segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak mengambil tahu tentang penindasan rakyat Palestin. Malah, aktor ini menegaskan niatnya adalah untuk menasihati rakyat Malaysia untuk tidak berlebihan dalam memboikot hingga menghina dan mencaci orang lain.
Saya berpesan supaya tidak bersifat melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan.
Saya dikatakan ‘terpaling’. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya.
View this post on Instagram
Ibu bapa turut dikecam
Bukan itu sahaja, penyanyi ini turut terkilan apabila netizen turut melibatkan ibu bapanya dalam hal ini. Naim turut menegaskan dirinya tidak pernah menerima sebarang kerjasama dengan jenama atau produk yang dikaitkan dengan Zionis.
Malah saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewa dari jenama yang menyokong rejim laknatullah.
Jadi, terangkan kepada saya, apakah ini semua, yang baru dalam berapa dalam ribuan komentar yang saya dapat dalam masa dua hari ini, adalah halal atas dasar boikot?.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.