“Saya Digandingkan Dengan Pelakon Wanita Sensasi, Diarahkan Buka Baju, Baring Atas Katil & Berpelukan” – Fauzi Nawawi

Hiburan

“Saya Digandingkan Dengan Pelakon Wanita Sensasi, Diarahkan Buka Baju, Baring Atas Katil & Berpelukan” – Fauzi Nawawi

Pelakon Fauzi Nawawi akui pada usianya kini dia sebolehnya tidak mahu melakonkan babak sensitif seperti membuka baju apatah lagi adegan ranjang kerana berasa kurang selesa.

Ujar aktor berusia 52 tahun itu, itu merupakan antara dilema dihadapinya sekarang kerana dalam pada dia menolak babak sebegitu, dia juga perlu profesional dan penuhi tuntutan pengarah.

Advertisement

 Di usia saya ini, rasa macam aksi sebegitu membuatkan saya jadi ragu-ragu untuk lakukannya.

Nak buat rasa malu pula dengan diri sendiri. Tak buat, saya tak dapat nak puaskan hati pengarah, tak dapat nak bagi komitmen kepada produksi. Jadi itu antara dilemalah.

Fauzi Nawawi

Kredit: Raihana Mansor/Harian Metro

Suami kepada aktres Lisdawati itu juga berkata rasa dilema itu hadir paabila dia terlibat dalam drama yang menuntutnya untuk beraksi adegan mengghairahkan.

Saya digandingkan dengan pelakon wanita yang memang sensasi. Saya diarahkan untuk buka pakaian, baring atas katil. Lepas itu, ada babak yang perlu berpelukan. Jadi, saya cuba elak dan cuba buat ‘camera trick’.

Tambahnya, meskipun berasa dilema ada kalanya dia terpaksa melakukan babak sebegitu dan bersedia sahaja sekiranya menerima kecaman netizen.

Fauzi Nawawi dan Lisdawati

Dalam pada itu, Fauzi berkata dia kini cuba untuk lebih berwaspada dalam setiap lakonannya dan akan menghindari babak-babak sensasi sebegitu.

Saya sangat berhati-hati. Saya akan buat yang perlu sahaja. Tidak perlu melampau-lampaulah kan sebab banyak cara untuk kita nak bagi kepuasan kepada penonton.

3 years ago

"Alhamdulillah Tak Di 'Banned' Pun..." - Fauzi Nawawi Syukur Tak Kena 'Gam' Walaupun Teruk Dikecam Isu Babak Rog*l

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...