Saya Dicakar, Dikatakan Tidak Bawa Kepentingan Dan Tidak Bawa Faedah – Bekas Suami Abby

Saya Dicakar, Dikatakan Tidak Bawa Kepentingan Dan Tidak Bawa Faedah – Bekas Suami Abby

Sebelum ini, banyak pihak membuat spekulasi mengenai punca keretakan rumah tangga Abby Abadi dengan pemuda bernama Muhammad Nor Farhan Che Bakar.

Farhan juga nampaknya mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perceraian itu.

Bagaimanapun. portal Murai telah mendapatkan kenyataan Farhan di mahkamah hari ini dan komen dari bekas suami Abby , memberi bayangan bahawa terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian.

Advertisement

Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.

Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri.



Menurutnya, Abby jua sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya.

Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak.



 Farhan juga memberi penjelasan mengenai apa yang dikatakan tentang sering keluar malam dan berkaroke, mendakwa ia tidak tepat seperti mana digembar-gemburkan.

Farhan juga dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan mereka berdua tidak mungkin bersama semula.

Pasangan ini hari ini disahkan bercerai di Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur oleh hakim Shaiful Azli Jamaluddin  menerusi SMS yang dihantar oleh Farhan pada 9 Mei.

Laporan asal: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...