Seorang wanita yang dikenali sebagai Sharina tampil membuat laporan polis berikutan dirinya diancam dengan ancaman rog*l dan buli melampau gara-gara kontroversi melibatkan dirinya sebelum ini.
Terdahulu, Sharina dilaporkan telah memfitnah pelakon Aaron Aziz berkenaan isu di Palestin di mana video lamanya telah disunting dan memperlihatkan pelakon itu seolah-olah mempersoalkan keperluan sukarelawan yang menyertai gerakan Global Sumud Flotilla sebelum ini.
Susulan penularan video tersebut, Aaron dikecam hebat dan dibuli secara siber oleh warga maya dan aktor itu dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharina.
Terbaru, menerusi satu hantaran video di Instagram, Sharina difahamkan telah membuat laporan polis susulan kes itu.
Dia mendakwa dirinya telah dibuli, dikecam malah diancam rog*l serta bunuh oleh individu yang tidak dikenali.
Sharina juga dilihat ditemani peguamnya di hadapan sebuah balai polis.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.