Sekitar Julai tahun lalu, pengikut pempengaruh dan usahawan Liana Rosli atau Kak KM pastinya mengetahui mengenai hubungan keruh di antara dia dan kakaknya, Kak Nona.
Baru-baru ini, tular pula video Kak KM tampil membuat video pujukan kepada Kak Nona untuk datang ke kediaman mereka di Gombak gara-gara sudah ‘putus kasih’.
Seakan-akan memberi ‘hint’, Kak Nona kemudiannya mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan perceraian dengan suaminya, Muhammad Iskandar Ali pada Januari yang lalu.
Mengulas lanjut, Kak Nona berkata dia sudah tidak sehaluan dengan suami lalu mengambil keputusan untuk berpisah.
@nonabeautykakkm
Namun begitu, Kak Nona merasa kurang senang dengan tindakan Kak KM yang terlebih dahulu mencanang mengenai kisah perpisahannya di media sosial. Ujar wanita itu, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menghebahkan perkara peribadi itu kepada umum kerana ingin menjada maruah keluarga pihak suami.
“Tak adil, saya belum sampaikan hal ini, orang lain dah canang dulu, kenapa dia perlu gembar gemburkan?” ujarnya ketika ditemui media.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
