Terbaru melalui laman TikTok, penyanyi, Zizi Kirana berkongsikan keadaan terkini dirinya bersama aktivis kemanusiaan yang lain bagi meneruskan perjuangan mereka menghulurkan bantuan buat saudara Islam di Gaza, Palestin.
“Saya sendiri dengar letupan itu..”
Dapat dilihat dalam perkongsiaan video Zizi, penyanyi itu memaklumkan kapal-kapal yang dinaiki oleh mereka telah didatangi oleh 15 dron sewaktu pelayaran.
Seperti yang telah dimaklumkan, kapal-kapal Flotilla kami ini telah didatangi sebanyak 15 dron dan berlakunya letupan.Saya sendiri mendengar letupan itu.
@zizikiranaofficialAlhamdulillah Kami Semua Dalam Keadaan Yang Baik.. Terus Doa , Qunut Nazilah Jangan Tinggalkan , Selawat Yang Banyak ,Kita Takkan Berhenti Dan Akan Teruskan Melangkah Untuk Saudara Kita Gaza .. HasbunAllah Wani’mal Wakeel 🤲🏻☝🏻
Mohon doa daripada orang ramai
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Yusuf Bahrin itu memohon doa daripada orang ramai agar misi mereka untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk di Palestin dipermudahkan oleh Allah SWT.
Apa yang boleh saya minta dari korang semua adalah teruskan berdoa dan jangan berhenti untuk sebarkan mengenai gerakan kami ini. Kami nak bantu saudara kita di Gaza. Doakan kami semua, assalamualaikum.
Sekadar info, selain Zizi, terdapat beberapa selebriti yang lain juga turut menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Heliza Helmi, Farah Lee dan Ardell Aryana.