Aksi mesra Zul Ariffin dan Ruhainies baru-baru ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Bagi peminat, ada yang kata mereka berdua nampak sweet dan segelintir netizen berasa kurang senang kerana Zul sebelum ini pernah berkata sudah tidak mahu menyentuh perempuan lagi.
Baca: “Haritu Masa Ikut Ebit Lew Cakap Taknak Sentuh Perempuan Lagi”
Menurut Kosmo, Ruhainies telah tampil memberi penjelasan selepas menyedari aksi mereka mengundang pelbagai reaksi di media sosial sehingga ada yang membuat spekulasi mereka berdua sudah berkahwin.
Katanya, mereka berdua tidak mempunyai hubungan istimewa sebaliknya memang rapat sebagai rakan karib.
Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan ‘bersuara’. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.”
@zaharzbubu7 Hari ni depa lagi sweet laaaa, auchhhh ?
Difahamkan video pertama yang viral itu dirakam ketika Ruhainies dan Zul menghadiri Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Video kedua pula adalah ketika Zul melawatnya di set penggambaran dua hari lepas.
Ruhainies turut berkata mereka berdua sangat mengenali perangai masing-masing dan Zul tidaklah seperti yang orang ramai fikirkan. Selain itu, dia akui tidak marah pada pembantu peribadinya yang muat naik video itu di TikTok sehingga menjadi viral.