“Saya Dengan Semua Suami Orang Hanya Berkawan Saja, Saya Tahu Malu” – Sarah Yasmine

Hiburan

“Saya Dengan Semua Suami Orang Hanya Berkawan Saja, Saya Tahu Malu” – Sarah Yasmine

Bekas kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine berkata dia ingin memulakan hidup baharu dan enggan lagi menjalinkan hubungan dengan lelaki bergelar suami orang.

Lebih selesa berkawan dengan suami orang

Ujarnya, dia kini lebih selesa berkawan dengan semua orang dan berharap dapat menutup kisah lamanya.

Advertisement

Saya dengan lelaki (suami) orang semua hanya berkawan sahaja sekarang. Tak ada satu pun yang disondol dengan saya lagi ya, sampai semua habis, tutup buku. Tutup cerita biarpun di mana-mana masih ada lelaki orang.

Perkara itu dikongsikan Sarah menerusi satu hantaran di Instagram Story untuk tatapan pengikut media sosialnya.

Sindir Ruhainies

Dia juga sempat menyindir aktres Ruhainies gara-gara kemelut yang berlaku antara mereka sebelum ini.

Saya jenis tahu malu, saya bukan sama spesis macam Ruhainies. Sekian terima kasih.

Wanita berasal dari Singapura itu sebelum ini menerima notis mahkamah untuk tidak lagi membuat kenyataan atau memuat naik sebarang kandungan berkaitan Aliff Aziz.

Dia sebelum ini muncul secara tiba-tiba dan mendakwa Ruhainies dan Aliff Aziz mempunyai perancangan menjatuhkan Bella Astillah setelah kedua-duanya ditangkap khalwat sekitar bulan Mac yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khai Bahar
7 months ago

"Buat Fitnah Sampai Puas Hati Tu" - Khai Bahar Nafi Dakwaan Semakin Liar Dan Kerap Ke Kelab Malam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...