August 1st, 2017

Setelah dimaki dan dicaci oleh para netizen kerana komen “meroyan”nya, akhirnya Anzalna Nasir telah tampil untuk memohon maaf atas apa yang terjadi. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Anzalna kerana berani mengaku kesilapan. Bukan semua orang sanggup menepis ego mereka. Semoga dengan permohonan maaf ini, para netizen tidak lagi akan menyerang akaun sosial Anzalna.
anzalna nasir

Kata Anzalna Nasir:-

Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana

anzalna nasir

Untuk makluman, susulan kontroversi ini, Anzalna telah pun menukar akaun Instagramnya kepada “private” dan tidak membenarkan sebarang komen. Perkara ini dilakukan bukanlah kerana Anzalna takut, akan tetapi kerana enggan terus-menerus melibatkan diri dalam kontroversi yang melanda adiknya, Afifah Nasir. Tambahnya lagi:-

Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya.

anzalna

Abang Nara berpendapat adalah sangat bagus sekiranya kesemua mereka yang terlibat dalam kontroversi ini dapat bertemu dan memohon maaf secara bertemu muka. Itu sudah tentu lebih ikhlas dan lebih jujur. Apa pun, good job Anzalna kerana meminta maaf. Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran buat kita semua agar menjaga penulisan kita di laman sosial. Sumber Astro Gempak.


Comments are closed.

Loading...