Saya Dengan Fazura Bersahabat Sahaja, Tak Lebih Daripada Itu – Fattah Amin

Hiburan

Saya Dengan Fazura Bersahabat Sahaja, Tak Lebih Daripada Itu – Fattah Amin

Ala shy shy cat pula Fattah Amin apabila ditanya tentang hubungannya dengan Nur Fazura. Iyerlah, mana tak semua orang tertanya-tanya apabila Fattah Amin menghadiahkan 500 kuntum bunga kepada pelakon jelita itu bersempena hari jadinya baru-baru ini. 500 beb!!! Bukan 5, bukan 50, bukan 55 tetapi 500. Kalau bukan someone special, takkanlah kita nak hadiahkan hadiah yang special macam ini kan?

fazura

Advertisement

Namun menurut Fattah Amin, hadiah tersebut adalah merupakan tanda ingatan sebagai seorang sahabat. Bagi Fattah, Fazura adalah seorang sahabat baik dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu. Kata Fattah Amin:-

Janganlah… nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu. Sejujurnya, saya selesa dengan dia kerana kami pernah berlakon bersama dan dia juga seorang sahabat yang baik.

alau nak tahu, angka 500 kuntum bunga mawar itu tidak membawa apa-apa maksud, itu hanya hadiah tanda persahabatan kami. Kalau saya nak bagi dua kuntum sahaja pun tak ada masalah, tak tahulah macam mana boleh timbul idea nak bagi 500 kuntum tu. Sebelum ini dia pernah buat kejutan semasa hari jadi saya, jadi saya rasa perlu balas semula

fazura

Abang Nara rasa satu Malaysia terutamanya pengikut kedua-dua selebriti ini akan bersetuju dan bersorak gembira sekiranya Fattah Amin dan Nur Fazura benar-benar bercinta. Tak apa awal-awal ini kawan dulu. Nanti lama kelamaan rasa cinta itu pasti akan timbul. Kalau ada jodoh, tak akan ke mana. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk #Fattzura. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...