“Saya Dengan Adik Saya ‘We Are One'” – Nabil Aqil Tak Anggap Imran Aqil Sebagai Pesaing

Hiburan

“Saya Dengan Adik Saya ‘We Are One'” – Nabil Aqil Tak Anggap Imran Aqil Sebagai Pesaing

Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja Nabil Aqil tidak menganggap adiknya Imran Aqil yang juga merupakan Peserta Hero Remaja 2020 sebagai persaingan dalam industri seni.

Nabil atau nama sebenar Muhammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin mengakui sangat berbangga dengan pencapaian adiknya yang kini mengembangkan bakatnya sebagai penyampai radio swasta tempatan.

Advertisement

Menurut Nabil, 23, dia memang suka persaigan dengan adiknya tetapi mereka bersaing secara sihat dan sebenarnya dia tidak menganggap adiknya sebagai pesaing kerana menganggap mereka adalah satu.

One for all, all for one. Kami adalah satu, so saya bangga dengan dia, tak pernah cemburu dengan dia dan kalau boleh nak dia lagi besar.

Dalam pada itu, pelakon Takut Ke Tak itu mengakui dirinya masih belum berpunya. Nabil sedang mencari seorang wanita yang boleh memahami dirinya.

Ciri-ciri wanita yang saya cari, cukup dapat seseorang yang boleh layan saya dan faham saya. Tak nak minta lebih-lebih, tak pernah dapat pun.

Nabil yang kini membintangi drama bersiri Hati Yang Dikhianati berasa lega apabila dapat kembali setelah penggambaran terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan tahun ini.

Info tambahan, drama bersiri Hati Yang Dikhianati ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di saluran Astro Prima atau stream di Astro Go.

imran aqil
3 years ago

'Ex' Bertunang Dengan Yonnyboii, Imran Aqil Doa Mereka Bahagia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...