Saya Dedahkan Mesej Lucah Bersebab, Jangan Cepat Cari Kesalahan Orang – Nourul Wahab

Hiburan

Saya Dedahkan Mesej Lucah Bersebab, Jangan Cepat Cari Kesalahan Orang – Nourul Wahab

Gara-gara mendedahkan mesej berbaur lucah yang diterima oleh beliau daripada seorang jejaka yang tidak dikenali meskipun suaminya sudah memberi amaran kepada individu tersebut, Nourul Wahab telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat berikutan tindakannya itu.

Advertisement

Walaubagaimanapun, jelas Nourul beliau mempunyai alasan tersendiri dan menyifatkan seseorang itu terlalu cepat untuk mencari kesalahan orang lain tanpa mengetahui hal sebenar disebaliknya.

Tujuan utama saya memuat naik mesej berbaur lucah itu bagi memberi amaran kepada individu terbabit untuk menghentikan perbuatan tidak bermoralnya. Malah, ini bukan kali pertama saya berhadapan dengan situasi begini.

Saya berjaya menghentikan tindakan terkutuk individu terbabit dengan berkongsi mesej itu di laman sosial. Namun, sebaliknya saya pula dikutuk kerana membuat pendedahan berkenaan. Ada sesetengah individu terlalu cepat mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa. Apa saja dikongsikan artis dijadikan bahan jenaka dan diperlekehkan walaupun ia adalah perkara serius.

Bersifat terbuka untuk menerima teguran daripada orang lain, Nourul memberitahu ada kalanya cara sesetengah pihak itu untuk menegur agak melampau dan tidak kena pada tempatnya.

Saya juga manusia biasa seperti orang lain yang punya hati dan perasaan. Tidak salah menegur cuma kadang kala tidak kena pada tempatnya. Kita bukan maksum untuk menilai dan mencari kesalahan orang sesuka hati.

Kadang-kadang, orang ni bukan tahu kita melakukan sesuatu hal itu sebenarnya demi kebaikan mereka juga. Perangai manusia, mesti mereka akan terus menghakimi dengan pandangan negatif dan mencanang cerita tidak baik sebelum sedar perkara sebenar.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...