“Saya Datang Nak Support Kawan Je..” – Kelibat Hana Ismail Di Mahkamah Berseorangan Cetus Tanda Tanya

Hiburan

“Saya Datang Nak Support Kawan Je..” – Kelibat Hana Ismail Di Mahkamah  Berseorangan Cetus Tanda Tanya

Kehadiran isteri kepada Da’i Syed, Hana Ismail di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menuai tanda tanya.

Belum reda dengan kisah suami pempengaruh dan juga personaliti TV itu yang dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kerana kesalahan memperkosa seorang wanita 5 tahun lalu, kehadiran Hana pastinya menimbulkan spekulasi tersendiri.

Advertisement

Dia juga dilihat berada di kaunter pembayaran ikat jamin di lokasi sama.

Ditemui media, Hana yang hadir memakai jubah dan cermin mata hitam kelihatan tergesa-gesa dan enggan mengulas lanjut mengenai keberadaannya itu.

Saya dah rushing ni. saya datang nak support kawan je tak lebih dari itu.

Hana yang berada sekitar 15 minit kelihatan memegang sehelai kerta sebelum naik semula ke tingkat atas untuk menyerahkan dokumen. Dia kemudian bergegas turun sebelum menaiki kereta.

Terdahulu, Da’i Syed yang kini dipenjara di Penjara Kajang dibebaskan sementara waktu dan dirakam menghabiskan masa bersama anak perempuannya yang baru sahaja lahir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dai syed
3 months ago

Dibebaskan Sementara Waktu Dari Penjara, Da'i Syed Kongsi Video Luang Masa Bersama Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...