“Saya Datang Ke Sekolah Untuk Jumpa Saya Punya ‘Girlfriend’, Bukan Untuk Belajar” – Pelajar ‘Cabar’ Guru Buang Sekolah Jadi Tumpuan

Kehidupan

“Saya Datang Ke Sekolah Untuk Jumpa Saya Punya ‘Girlfriend’, Bukan Untuk Belajar” – Pelajar ‘Cabar’ Guru Buang Sekolah Jadi Tumpuan

Baru-baru ini, sebuah video pendek berdurasi 17 saat telah tular di media sosial, memaparkan seorang pelajar lelaki yang bersikap kurang ajar terhadap seorang guru wanita.

Dalam rakaman tersebut, pelajar berkenaan dilihat duduk bersila panggung bersama beberapa rakannya. Apabila ditanya oleh guru mengenai tujuan kehadirannya ke sekolah, pelajar itu menjawab dengan nada mencabar.

Advertisement

Buang sekolah… boleh cikgu, buang! Saya datang ke sekolah, saya jumpa saya punya girlfriend.

Sambil menuding jari ke arah seseorang yang dipercayai teman wanitanya. Guru tersebut kemudian bertanya sama ada pelajar itu berminat untuk belajar, namun pelajar itu menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk belajar, hanya ingin bertemu kekasihnya. Guru tersebut menutup perbualan dengan berkata.

Terima kasih kerana buat pengakuan.

Video ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Seorang individu mengakui bahawa pelajar tersebut adalah dari sekolahnya dan menyatakan bahawa pelajar itu telah beberapa kali ditegur, namun tidak menunjukkan perubahan.

Datang sekolah nak jumpa girlfriend

Netizen lain meluahkan kekecewaan terhadap sikap pelajar tersebut, dengan ada yang menyatakan bahawa generasi kini semakin berani tetapi menyedihkan.

Ada juga yang mengaitkan kejadian ini dengan larangan merotan, yang dikatakan menyebabkan pelajar tidak lagi menghormati guru seperti dahulu.

Kejadian ini menimbulkan perbincangan mengenai disiplin pelajar dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mendidik generasi muda. Ia juga menyoroti kepentingan peranan ibu bapa dan masyarakat dalam membentuk sikap dan nilai murni dalam kalangan pelajar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sajat buat umrah sebagai lelaki
1 day ago

"Saya Tak Akan Buat Orang Marah Lagi" - Sajat Bakal Tunai Umrah Sebagai Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...