“Saya Datang Dari Latar Belakang Yang Sangat Humble” – Daiyan Trisha Nafi Keluar Perut Ibu Terus Kaya, Hakikatnya…

Hiburan

“Saya Datang Dari Latar Belakang Yang Sangat Humble” – Daiyan Trisha Nafi Keluar Perut Ibu Terus Kaya, Hakikatnya…

Penyanyi dan juga pelakon, Daiyan Trisha menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa dia seorang yang berada dan kaya berdasarkan gaya hidupnya kini.

Kata Daiyan yang juga seorang penulis kini, dia dan keluarga bukanlah keluarga berada sebaliknya membesar dalam suasana yang sangat sederhana.

Advertisement

Orang ingat saya kaya. Orang fikir saya membesar dan datang dari keluarga kaya. Hakikatnya saya membesar dalam keluarga yang sangat sederhana.

Tambahnya lagi, kerjayanya semakin mendatangkan hasil dan dimurahkan rezeki selain lebih cakna dalam menyimpan pendapatannya.

Saya datang dari latar belakang yang sangat humble. Saya dan adik beradik lain dibesarkan dengan tiga hal penting; pendidikan, seni dan kasih sayang. Kami tak kejar benda lain.

Saya rasa rezeki akan datang bila kita ikhlas. Saya seronok dengan apa yang saya usahakan dan itu sudah cukup buat saya gembira.

Perkembangan terkini, Daiyan yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi, model dan juga pelakon kini melebarkan sayap sebagai penulis apabila dia telah menerbitkan sebuah buku puisi hasil tulisannya yang berjudul Tulisan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azhar sulaiman sophia albarakbah karaoke
1 year ago

"Kak Chempaka Cool Je" - Azhar Sulaiman Ajak Sophia Albarakbah Karaoke, Nak 'Karok' Lagu Sayang Sayang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...