Sedia maklum, dua hari yang lalu rakyat Malaysia dikhabarkan dengan satu berita sedih mengenai pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub pada jam 9.23 malam.
Boleh dikatakan dari pelbagai pihak berasa duka dengan pemergian arwah, lagi-lagi jasanya mewujudkan Menu Rahmah yang banyak membantu golongan tidak berkemampuan.
Melalui laman Twitter, Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Ameer Ali Mydin berkata bahawa pihak mereka bakal meneruskan inisiatif Menu Rahmah sampai bila-bila.
Saya dari pihak mydin akan continue menu rahmah ni., Sampai mati saya akan buat – Datuk @ameermydin pic.twitter.com/uTeqKUd1VJ
— Mat Sekilau / Membalak ? (@apanakdikato) July 24, 2023
Katanya lagi dalam nada sebak, biarpun ia merupakan satu inisiatif yang simple tetapi sangat menyentuh hati kebanyakkan rakyat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memahami perasaan sebak Datuk Ameer dengan pemergian Allahyarham dan akan mengingati jasa arwah sepanjang hayat.