“Saya Dapat Perasaan Seronok Nak Beribadah Masa Dalam Lokap” – Niezam Zaidi

Hiburan

“Saya Dapat Perasaan Seronok Nak Beribadah Masa Dalam Lokap” – Niezam Zaidi

Sebelum ini, pelakon Niezam Zaidi telah mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak pada 12 Oktober 2021 lalu.

Terkini, Niezam atau nama sebenarnya, Mohd Niezam Mohd Zaidi mengakui peristiwa hitam itu ternyata memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.

Advertisement

Menurut Niezam, kesihatan mentalnya dikatakan sedikit terganggu lebih-lebih lagi apabila membaca komen negatif mengenai dirinya di media sosial.

Kalau saya bukan Islam, mungkin saya dah gila atau bunuh diri. Saya minta maaf sebab berkata begitu.

Jelasnya lagi, walaupun dengan hanya membaca tetapi komen-komen sedemikian sebenarnya boleh menggangu kesihatan mentalnya.

Isu kesihatan ni janganlah kita ambil mudah. Mungkin kita nampak orang lain tu luarannya okay tapi sebenarnya tidak.

Susulan itu, dia memutuskan untuk pulang ke kampung halaman untuk mencari ketenangan selain meluangkan masa bersama keluarga agar dapat melupakan peristiwa hitam yang pernah dilaluinya.

Saya dapat perasaan seronok nak beribadah masa dalam lokap. Saya tahu, tiada siapa lagi yang boleh tolong saya melainkan Allah.

Dalam pada itu, Niezam yang tidak dapat menahan sebak memaklumkan, dia memperolehi kekuatan daripada sokongan peminat yang tidak henti-henti memberi semangat kepada dirinya.

Saya ingat nama saya dah disenaraihitamkan tapi sebenarnya tidak. Banyak stesen TV yang hubungi saya untuk tawaran berlakon.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 years ago

Pelakon Niezam Zaidi Boleh Dihukum Penjara 5 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...