“Saya Dapat Hak Bertemu & Bermalam Dengan Fatima” – Fattah Amin

Hiburan

“Saya Dapat Hak Bertemu & Bermalam Dengan Fatima” – Fattah Amin

Fakhrul Azman Abu Hassan selaku peguam mewakili Nur Fazura memaklumkan bahawa hal-hal berkaitan hak penjagaan anak pasangan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Difahamkan, hak penjagaan anak perlu difailkan berasingan kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

Advertisement

Fattah yang ditemui turut memaklumkan bahawa dia berpeluang untuk berjumpa dan bermalam dengan puteri sulungnya, Fatima meskipun hak penjagaan diberikan kepada Fazura.

Betul hak jagaan anak diberi kepada Fazura, tapi kami ada perjanjian yang perlu dipersetujui bersama.

Antaranya saya dapat hak lawatan untuk berjumpa Fatima dan bermalam dengannya, Alhamdulillah.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada Isnin, 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Perkahwinan yang dibina selama 7 tahun itu dihiasi dengan kehadiran anak perempaun, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Iman tang dakwa label ambil kesempatan
2024-10-09 09:31:12

"Jangan Ambil Kesempatan, Tolong Pakai Otak" - Pengurus Fazura Anggap Syarikat Rakaman Lagu 'Bertahan Demi Cinta' Menangguk Di Air Keruh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra