Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Dan Neelofa Serasi, Tak Pelik Peminat Nak Kami Bercinta- Zul Ariffin

Kehangatan gandingan Zul Ariffin dan Neelofa dalam drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari kini sedang membara. Malah, hashtag #Zulofa juga semakin popular meskipun drama tersebut belum ditayangkan.

Advertisement

Setiap foto mereka berdua pasti akan membuatkan hati peminat cair sehingga ada yang berdoa agar Zul dan Neelofa ada jodoh bersama.

Buat Zul beliau tidak hairan jika peminat mahu beliau dan Neelofa bercinta kerana ia bukan kali pertama peminat mahu “menjodohkan” beliau bersama heroin.

Ini bukan kali pertama, bila drama dapat sambutan ia akan terjadi, sebelum ini pun pernah ada juga. Jadi saya tak hairan bila muncul hashtag (tanda pagar) #Zulofa seperti yang dicipta peminat. Soal ini saya tak boleh nak kawal peminat, itu diluar kawalan saya dan kita sebagai pelakon hanya menjalankan tanggungjawab sebaiknya

Kami ada chemistry yang okay dan tak rasa pelik atau janggal. Sebelum shooting, kita duduk berbincang dan tanya apa yang boleh buat dan tidak supaya tak adalah nanti kekasih atau keluarga marah.

Terdahulu, foto Zul dan Neelofa berpelukan dalam satu babak mesra dalam drama tersebut menjadi viral. Ramai yang mengakui pasangan ini sangat sesuai bersama dan alangkah indahnya jika mereka benar-benar bercinta. Kita nantikan sahaja drama tersebut ditayangkan dan lihat sejauh mana keserasian mereka berdua.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

72 Comments

  1. Car Track

    October 20, 2018 at 6:17 am

    certainly like your web site but you need to take a look at the
    spelling on quite a few of your posts. Many
    of them are rife with spelling issues and I to find it very bothersome to tell the truth however I’ll
    certainly come back again.

  2. Anonymous

    March 9, 2018 at 1:11 pm

    lopak ni pakai tudung dah makin terbukak sikit2…tapi nak bukak terus tak leh sbb die meniaga tudung…baju pun dah makin singkat2 skarang…

  3. Anonymous

    March 9, 2018 at 11:06 am

    Artis melayu ,hajah ke haji ke.drama kisah kemaruk celah kangkang berpisah tiada.

  4. pengutuk 1Malaysia

    March 8, 2018 at 4:38 pm

    betul sangat lah tu zul..
    apa nak pelik nya ..dah memang lofa tu kaki mengatal dengan semua jantan sama belakon…motif melakukan diri…jual diri.
    dah pakar walau tak pernah menjadi.
    hajah miang

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top