Saya Dan Neelofa Serasi, Tak Pelik Peminat Nak Kami Bercinta- Zul Ariffin

Hiburan

Saya Dan Neelofa Serasi, Tak Pelik Peminat Nak Kami Bercinta- Zul Ariffin

Kehangatan gandingan Zul Ariffin dan Neelofa dalam drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari kini sedang membara. Malah, hashtag #Zulofa juga semakin popular meskipun drama tersebut belum ditayangkan.

Advertisement

Setiap foto mereka berdua pasti akan membuatkan hati peminat cair sehingga ada yang berdoa agar Zul dan Neelofa ada jodoh bersama.

Buat Zul beliau tidak hairan jika peminat mahu beliau dan Neelofa bercinta kerana ia bukan kali pertama peminat mahu “menjodohkan” beliau bersama heroin.

Ini bukan kali pertama, bila drama dapat sambutan ia akan terjadi, sebelum ini pun pernah ada juga. Jadi saya tak hairan bila muncul hashtag (tanda pagar) #Zulofa seperti yang dicipta peminat. Soal ini saya tak boleh nak kawal peminat, itu diluar kawalan saya dan kita sebagai pelakon hanya menjalankan tanggungjawab sebaiknya

Kami ada chemistry yang okay dan tak rasa pelik atau janggal. Sebelum shooting, kita duduk berbincang dan tanya apa yang boleh buat dan tidak supaya tak adalah nanti kekasih atau keluarga marah.

Terdahulu, foto Zul dan Neelofa berpelukan dalam satu babak mesra dalam drama tersebut menjadi viral. Ramai yang mengakui pasangan ini sangat sesuai bersama dan alangkah indahnya jika mereka benar-benar bercinta. Kita nantikan sahaja drama tersebut ditayangkan dan lihat sejauh mana keserasian mereka berdua.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...