Dilihat semakin rapat hari demi hari, ramai yang ingin mengetahui apakah benar Afiq Muiz dan aktres jelita Miera Lyana sedang bercinta. Afiq dalam satu kenyataan menjelaskan beliau kini masih berkawan dengan Miera dan sedang dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.
Saya dan Miera sekarang masih berkawan dan pada masa yang sama sedang kenal hati budi masing-masing. Setakat ini itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Kalau nak cerita lebih-lebih pun tak guna sebab belum tahu apa akan jadi pada masa depan.
Afiq kini lebih selesa untuk tidak menjaja kisah peribadinya kepada umum dan belajar daripada kesilapan lalu untk lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan. Fokus Afiq kini adalah kepada kerjaya lakonan beliau kerana masih lagi berada didalam usia yang muda dan banyak perkara yang perlu dilaksanakan.
Secara jujurnya saya memang tidak selesa bercerita mengenai peribadi takut akan timbulkan masalah.
Apa yang saya lalui sebelum ini sudah cukup beri pengajaran kepada saya. Lagi pun saya masih muda dan banyak lagi perkara yang perlu saya kejar. Tapi kalau ditanya sama ada sudah bersedia, memang saya sudah bersedia cuma masanya masih belum tiba lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Afiq Muiz kini sedang sibuk menjalani drama telenovela, Memori Cinta Suraya bersama barisan pelakon seperti Hisham Hamid, Miera Liyana, Marisa Yasmin dan ramai lagi.
Pada waktu muda ini, banyak perkara yang kita harus utamakan dahulu sebelum bercinta ataupun berkahwin. Gunakan peluang yang ada untuk mencapai segala impian kemudian inshaAllah cinta juga akan datang dengan sendirinya.