Saya Dan Mia Ahmad Tidak Lebih Daripada Rakan Sekerja- Syarul Ridzwan

Hiburan

Saya Dan Mia Ahmad Tidak Lebih Daripada Rakan Sekerja- Syarul Ridzwan

Sebelum ini, terdapat laporan akhbar mengatakan pelakon Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sedang hangat bercinta apabila mereka berdua kelihatan cukup mesra baik di dalam foto ataupun di luar.

Walaubagaimanapun, Syarul dalam satu kenyataan menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan bersama aktres jelita tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar mingguan pada hari Ahad yang lalu.

Advertisement

Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain.

Syarul berharap dengan penjelasan yang diberikan tiada lagi peminat yang salah faham dan akan membangkitkan isu tersebut. Sebagai seorang pelakon yang masih di peringkat awal dalam kerjaya lakonan, beliau tidak mahu namanya dikenali kerana gosip dan kurang selesa untuk berbicara soal peribadi kepada umum.

Biarlah nama saya dikenali kerana kerja bukan cerita-cerita peribadi. Apa-apapun saya bersukur selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, baru sekarang orang kenal saya. Alhamdulillah.

Gosip mereka berpacaran mula meliar apabila kedua-dua mereka dilihat bermesra-mesraan ketika mengikuti Jelajah Bas #Dramasangat TV3 dan TV9 di Melaka baru-baru ini.

Tidak dinafikan jika mereka bercinta memang sweet seperti yang peminat mahukan tetapi kami difahamkan Syarul Ridzwan sebenarnya sudah berpunya, jadi semua ini hanya gosip semata-mata.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...