Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Dan Maya Karin Hanya Kawan Biasa – Remy Ishak

Selepas putus dengan Tiz Zaqyah, pastinya ramai yang mendambakan cinta jejaka kacak, Remy Ishak. Terbaru, ada peminat yang ternampak kelibat Remy Ishak dan Maya Karin makan bersama-sama di sebuah restoran Jepun di The Curve. Persoalan sama ada mereka berdua ada hubungan cinta terus bermain di benak kepala orang ramai.

remy ishak

Advertisement

Namun peminat Maya Karin dan Remy Ishak boleh menarik nafas lega kerana Remy mengakui yang dia dan Maya hanyalah kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kata Remy:-

Saya tak sangka pula perkara (keluar makan) ini jadi perhatian. Padahal, tiada apa-apa yang berlaku. Saya dan Maya hanya keluar makan seperti mana saya keluar dengan kawan-kawan lain. Rasanya, soal kami keluar bersama tidak perlu diperkatakan sebab ia bukan satu isu pun. Kami hanya berkawan seperti saya berkawan dengan orang-orang lain. Terus-terang memang tiada apa yang serius pada masa ini. Saya senang dengan Maya kerana kami sudah kenal lama tetapi tidak bercinta seperti yang didakwa

Dalam perkembangan lain, Maya Karin telah pun berlepas ke Nepal untuk mencabar dirinya mendaki gunung di sana. Tak sangka pulak di sebalik wajah lembutnya, Maya Karin ialah seorang yang menyukai aktiviti lasak sebegini. Semoga Maya selamat pergi dan selamat kembali. Info asal Mstar Online.

P.S: Bila 2 buah kereta Ferrari berlanggar di China

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

77 Comments

  1. Whatdafuq?

    November 25, 2012 at 5:24 pm

    Laki ni pukul perempuan kot, pukul artis perempuan, yang korang celebrate sangat dia ni kenapa? dah takde nilai murni ke?

  2. Pingback: Hot Trending For 2012.11.17 : Tiz Zaqyah | Rock It MySelebriti

  3. Pingback: Hot Trending For 2012.11.05 : Tiz Zaqyah | Rock It MySelebriti

  4. Pingback: Hot Trending For 2012.11.04 : Tiz Zaqyah | Rock It MySelebriti

Loading...
To Top