Selepas putus dengan Tiz Zaqyah, pastinya ramai yang mendambakan cinta jejaka kacak, Remy Ishak. Terbaru, ada peminat yang ternampak kelibat Remy Ishak dan Maya Karin makan bersama-sama di sebuah restoran Jepun di The Curve. Persoalan sama ada mereka berdua ada hubungan cinta terus bermain di benak kepala orang ramai.
Namun peminat Maya Karin dan Remy Ishak boleh menarik nafas lega kerana Remy mengakui yang dia dan Maya hanyalah kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kata Remy:-
Saya tak sangka pula perkara (keluar makan) ini jadi perhatian. Padahal, tiada apa-apa yang berlaku. Saya dan Maya hanya keluar makan seperti mana saya keluar dengan kawan-kawan lain. Rasanya, soal kami keluar bersama tidak perlu diperkatakan sebab ia bukan satu isu pun. Kami hanya berkawan seperti saya berkawan dengan orang-orang lain. Terus-terang memang tiada apa yang serius pada masa ini. Saya senang dengan Maya kerana kami sudah kenal lama tetapi tidak bercinta seperti yang didakwa
Dalam perkembangan lain, Maya Karin telah pun berlepas ke Nepal untuk mencabar dirinya mendaki gunung di sana. Tak sangka pulak di sebalik wajah lembutnya, Maya Karin ialah seorang yang menyukai aktiviti lasak sebegini. Semoga Maya selamat pergi dan selamat kembali. Info asal Mstar Online.