Bercerai bukannya bermaksud kita harus bermusuhan, contohnya seperti pelakon Fizo Omar yang masih berkawan baik dengan bekas isterinya Mawar Karim demi kebahagiaan anak mereka, Wan Maryam.
Fizo berkata, walau apa pun yang terjadi sebelum ini, dia dan Mawar menolak tepi ego serta masalah mereka dan mengekalkan hubungan baik.
Keputusan mahkamah untuk hak penjagaan sementara dah keluar. Alhamdulillah, adalah giliran-gilirannya untuk anak bermalam dengan saya seperti waktu hujung minggu. Sesibuk mana pun, rindu pada anak ini lain macam sikit. Jadi bila dah jadi macam ini saya lebih hargai masa dengan anak saya.
Saya dan Mawar masih berkawan lagi pun rumah kami dekat sahaja. Jadi jumpa, ambil anak dan kadang-kadang ada juga mesej tetapi lebih kepada anak.
Pada masa yang sama Fizo turut mendoakan agar Mawar dapat jodoh yang terbaik. Baguslah jika terus berkawan dan tidak bermasam muka demi melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Semoga keharmonian hubungan mereka berdua ini kekal selamanya.

Anonymous
September 19, 2019 at 7:19 pm
dia dh kenapa?org xbunyik dia sibuk2 bunyi plak….Zzz
anonymous
September 19, 2019 at 4:36 pm
haprak
Anonymous
September 19, 2019 at 2:55 pm
kawan lebih elok….dr satu rumah sekapal ramai2..i feel u mawar..sekarang lebih rasa bebas utk teruskan kehidupan..move forward..ex hang ni poyo je lebih…
yan
September 19, 2019 at 2:54 pm
kan elok gini… jangan la gaduh2.. islam itu indah.