Saya Dan Kamal Akan Berbincang Untuk Tentukan Hala Tuju Hubungan Kami – Emma Maembong

Hiburan

Saya Dan Kamal Akan Berbincang Untuk Tentukan Hala Tuju Hubungan Kami – Emma Maembong

Agak lama juga Emma Maembong dan Kamal Adli bercinta, tetapi mereka berdua sehingga kini tidak berkongsi sebarang perkembangan lanjut mengenai hubungan mereka meskipun kedua-duanya pernah mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Buat Emma, pengalaman lalu mengajar beliau untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum. Apa yang Emma harapkan ialah peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Tambah Emma, beliau dan Kamal akan berbincang mengenai hala tuju hubungan mereka sebaik sahaja Kamal pulang daripada menjalani penggambaran drama di luar negara.

Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami.

Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara. Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini.

Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata.

Ramai yang ingin melihat hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong berakhir di jinjang pelamin. Pada kami kalau keserasian itu sudah ada dan masing-masing boleh terima setiap baik dan buruk pasangan, janganlah ditangguh lagi benda yang baik. Soal cinta, selepas nikah juga perasaan itu boleh bertambah dari hari ke hari dan kata orang lebih indah. Ermm..Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...