December 12th, 2011

Izreen Azminda, nama yang mula melonjak naik selepas membintangi drama Juvana dan sejak kontroversi cinta 3 segi antaranya, Johan dan Fasha Sandha. Kini sedang popular di dalam drama Tentang Dhia, Izreen mengakui di dalam Harian Metro yang dia dan Johan sudah melupakan kisah silam dan kini membawa haluan masing-masing.

izreen azminda

Kata Izreen:-

Bayangkan sepanjang empat tahun saya berlakon, tidak ada satu pun kontroversi dikaitkan dengan diri saya tapi apabila Juvana mendapat perhatian, saya mula diperhatikan. Tidak dinafikan saya tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan situasi yang berlaku. Saya akui kontroversi yang terjadi membabitkan Johan dan saya timbul atas kelemahan diri. Saya terlalu mengikut emosi. Bagaimanapun, saya banyak belajar daripadanya. Saya mengharapkan ini adalah kenyataan terakhir saya mengenainya dan jangan ada lagi pihak bertanya.

Daripada bisikan-bisikan yang Abang Nara terima, khabarnya Izreen dan Johan sebenarnya bersepakat untuk mewujudkan kontroversi ini untuk menaikkan nama mereka. Tapi Abang Nara tak percaya dengan bisikan-bisikan nakal ini sebab Abang Nara rasa mereka berdua tak semurah itu. Kan Izreen kan?

izreen azminda

Apa pun Abang Nara turut kagum dengan lakonan Izreen di dalam drama Tentang Dhia. Bukan senang mahu melakonkan watak seorang ibu sedangkan kita masih bujang trang-trang. Kata Izreen:-

Sebelum ini sewaktu mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan, pengarah mahupun produser selalu memberikan saya watak perempuan jahat. Begitupun, sekarang ini saya sudah diberikan kepercayaan untuk melakonkan pelbagai watak termasuk wanita baik, teraniaya mahupun watak emak.Bayangkan ada pelakon yang tidak mahu melakonkan watak emak kerana kata mereka tidak sesuai dengan usia. Pada saya perkara itu bukan halangan, malah ia mencabar kredibiliti sebagai seorang pelakon. Sudah dua kali saya melakonkan watak ibu dan ia mendapat pujian peminat. Saya berlakon bukan kerana mahu nampak cantik selalu dan saya tak kisah untuk mencuba pelbagai watak. Diharapkan selepas ini, saya turut diberikan lagi watak lebih mencabar

izreen azminda

Abang Nara ucapkan selamat maju jaya kepada Izreen dalam menempuh masa akan datang. Kepada peminat Izreen, jangan lupa mengundinya untuk ABPBH 2011 nanti. Kredit berita Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...